Thursday, July 17, 2008

Anwar Ibrahim Ditahan Lagi - Sudah Dijangka

Kalau ditanya pendapat tentang penahanan Anwar Ibrahim, premis aku adalah sama dengan post yang pernah aku tulis sebelum ini... keadilan hanya terbukti jika Rosmah juga ditahan!

Apa bezanya jenayah liwat dan pembunuhan? Anwar dituduh meliwat, dan Rosmah dituduh terlibat dalam pembunuhan Altantunya. - Kedua-duanya adalah JENAYAH di bawah Kanun Keseksaan.

Keterangan yang diambil daripada Anwar menurut Polis adalah sebagai 'tertuduh', bukannya saksi. Apa bezanya dengan Rosmah kerana dalam Akuan Bersumpah Raja Petra dia juga di'tuduh' bersubahat dalam pembunuhan Altantunya.

Syed Hamid Albar berkata tidak perlu ada layanan istimewa terhadap Anwar. Baik, itu adalah satu tindakan yang baik dan adil...hanya jika Rosmah juga tidak dilayan dengan layanan istimewa. Kenapa kenyataan Rosmah hanya diambil dalam keadaan aman, tenteram, tiada ugutan, dan tanpa perlu penahanan...tetapi Anwar sebaliknya? Siapa Rosmah? Agung? Majistret? Doktor? Ceh! Hanya duk harap sebagai bini 'bakal' Perdana Menteri (yang tak tentu lagi jadi ke tak). So, adakah itu yang melayakkan Rosmah dilayan dengan layanan istimewa? (Ooo.. mungkin juga kerana Najib takut dan perlu akur denga kehendak bini. Orang yang dikatakan nak jadi PM takut bini? Aduuuh...please la!)

Aku bukan penyokong 'fanatik' anwar...tapi aku pembenci 'fanatik' umno dan mana-mana barua dari kerajaan yang tunduk dan dayus dengan arahan politikus-politikus umno.

Selepas institusi kehakiman negara kita tampak semakin menuju ke arah kebaikan dan keadilan yang sebenarnya, diharapkan Polis juga bergerak ke arah yang sama. Tolonglah ingat sikit, kita di dunia ini sementara je. Dah sampai kubur nanti (or sebelum), setiap inci perkara yang kita lakukan akan diberi balasan setimpal di 'sana'. Kalau seseorang Muslim yang benar-benar Muslim mendengan kata-kata itu, mesti akan sekurang-kurangnya ada sekelumit rasa takut dengan balasan di 'sana'...melainkan MUSLIM UMNO HADHARI.

p/s: untuk membaca komen lanjut pasal post terdahulu tentang Romah dan Altantunya, klik ---> Rosmah dan Altantunya

---------------------

Terbaru :
Peguam Anwar beritahu Anwar mungkin akan dibebaskan 1 tengahari ini