Rosmah menyatakan bahawa dia tidak akan mengambil tindakan/saman terhadap Raja Petra kerana membuat Surat Akuan (SD) yang menyebut Rosmah ada di tempat peletupan Altantunya. Rosmah juga menganggap ia adalah isu remeh semata-mata.
Hairan bin Ajaib... dlm soal tuduhan membunuh dan dikaitkan dengan kes yang berprofil tinggi ini, Rosmah boleh berkata ia adalah isu remeh? Kes ini melibatkan pembunuhan kejam dan juga melibatkan hak keluarga Altantunya, maka ia bukan remeh dan ia juga melibatkan maruah Rosmah sendiri. Melainkan Rosmah tidak punya maruah dan sanggup dituduh sebagai apa sahaja hatta pembunuh di mata rakyat.
Sesiapa sekalipun, jika difitnah bahawa ia terlibat dalam kes pembunuhan pastinya akan menggunakan saluran undang-undang yang sewajarnya bagi membela diri dan menegakkan kebenaran. Malah, jika berdiam diri, ia seolah-olah segala tuduhan yang dilemparkan adalah benar!
Sekiranya semua dakwaan Raja Petra adalah salah dan fitnah, Rosmah perlu ke hadapan dan bawa kes ini ke Mahkamah supaya semua bukti-bukti berkaitan dapat didedahkan...barulah kita tahu siapa yang salah dan siapa yang benar.
Melainkan, Rosmah khuatir bukti-bukti yang tidak sepatutnya didedahkan akan diketahui umum setelah ia dipertontonkan di Mahkamah?
Negara kita mutakhir ini kerap dihujani kes-kes yang berprofil tinggi. Maka ia memerlukan kepada keadilan dan kesaksamaan pihak polis dalam membuat penyiasatan.
Sekiranya pihak polis mendapati Anwar perlu ditahan reman bagi membantu siasatan, maka jalankanlah kewajipan selayaknya dan seadilnya. Penangkapan Anwar perlulah kerana alasan yang wajar, adil dan bukan konspirasi. Namun, jika Rosmah juga didapati perlu ditahan reman bagi membantu siasatan, maka selayaknya jugalah Rosmah ditahan bagi membantu menyelesaikan tuduhan yang dibuat Raja Petra. Tidak perlu ada 'double standard' dalam kedua-dua kes tersebut. Tidak bermakna jika seseorang itu adalah isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, maka dia tidak layak ditahan (jika perlu bagi membantu siasatan).
Hal ini kerana kedua-duanya adalah kes yang berprofil tinggi... tidak ada bezanya taraf kes mereka. Kes anwar melibatkan dirinya sebagai pengaruh besar dalam politik tanahair. Manakala tuduhan yang dibuat ke atas Rosmah oleh Raja Petra sememangnya serius kerana dia bukan sahaja adalah isteri kepada Timbalan Perdana Menteri yang pastinya memberikan perspketif negatif kepada Malaysia, malah kes ini sudah diberi liputan meluas oleh dunia. Jika kes anwar yang hanya melibatkan antara peribadinya dengan pengadu, kes Altantunya ini pula melibatkan si mati + keluarga si mati + rakyat Malaysia + kerajaan Mongolia + rakyat Mongolia.
Justeru, mari kita lihat bagaimana pihak berkuasa akan memberi layanan yang "adil" kepada kedua-dua kes ini.

|