Wednesday, July 16, 2008

Debat Anwar Ibrahim vs Shabery Chik

Antara isi penting kandungan Debat:

Hujah Anwar Ibrahim:
1. Hari ini memerintah, esok harga minyak akan
dikurangkan 50 sen

2. Caranya ialah dengan absorb keuntungan (yang melampau) dari IPP sebanyak RM2 billion dan RM1 billion dari RM8 billion yang diterima Kerajaan oleh Petronas.

3. Mengurus dana kerajaan secara berhemah dan bebas dari rasuah dan korupsi.

Hujah Shabery beery:
1. Kontrak IPP dengan kerajaan sudah termeterai sejak Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan lagi. Maka kerajaan perlu hormat kontrak.

2. Walaupun Venezuela, Iran dan negara pengeluar minyak yang lain harga minyaknya rendah, tapi inflasi negara mereka jauh lebih tinggi.

3. Negara maju seperti Norway tak perlu pun subsidi.

4. Kenaikan harga minyak adalah kesan kenaikan global, bukan kita sewenang-wenangnya naikkan harga minyak.

5. Kenapa Pakatan Rakyat hendak turunkan hanya 50 sen?

Hujah Balas Anwar Ibrahim:
1. Sebab itulah kerajaan perlu semak dan kaji semula kontrak dengan IPP untuk maslahah rakyat.

2. Walaupun inflasi negara pengeluar minyak yang lain tinggi, tapi kerajaan buat-buat tak tahu yang
inflasi negara kita juga sebenarnya sedang meningkat akibat kenaikan harga minyak yang mendadak. Malah, kerajaan tipu yang inflasi tak akan meningkat apabila harga minyak dinaikkan. Teori apa yang kerajaan pakai? (Teori Algebra dan Fotosentesis - ini ayat aku)

3. Memang Norway tak kenakan subsidi, sebab pendapatan Norway adalah 30% lebih tinggi dari negara kita (Shabeery beery mula tersipu-sipu macam ayam berak kapur)

4. Apabila syarikat penerbangan MAS dan lain-lain syarikat kroni rugi, maka boleh pula kerajaan beri bantuan kewangan berjuta-juta-jutaaaa yang dinamakan macam-macam..insentif lah menda lah. Tapi bila hendak memberi bantuan kepada rakyat, nelayan, orang miskin, kerajaan namakan subsidi...di mana
terma subsidi itu diberi pengertian yang sungguh negatif. (Nampak sangat kerajaan memang menganak-tirikan rakyat).

5. Rakyat terutamanya di kampung-kampung diwar-warkan oleh kerajaan yang kenaikan harga minyak adalah perlu kerana ia adalah kesan kenaikan global. Padahal, bila harga pasaran minyak global naik, maka Petronas akan mendapat lebih banyak keuntungan dan sepatutnya ia boleh disalurkan kepada rakyat dan lebih banyak faedah yang rakyat boleh terima.

6. Penurunan harga minyak akan hanya dapat dibuat sebanyak 50 sen sahaja kerana kita tidak mampu menampung kesan kenaikan semua barang dan inflasi akibat tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak secara mendadak. Semuanya berpunca dari kerajaan sendiri. Tetapi, kita akan turunkan harga minyak secara beransur-ansur.


Hujah Balas Shabeery beery:

1. Kenapa kita perlu menyusahkan Petronas dengan mengambil keuntungan mereka kerana mereka perlu gunakan keuntungan mereka untuk pelaburan dan jana semula perjalanan syarikat untuk keuntungan di masa hadapan.

2. Sampai bila kita hendak mengharapkan subsidi kerana hasil minyak negara kita menurut kajian akan habis pada tahun 2015?

3. (Mula merepek-repek pasal demo baling dan kutuk-kutuk peribadi Anwar macam orang perempuan gila meroyan)

Anwar Membalas:

(Tepuk dahi, senyum dan berkata)

1. Saya tak akan membalas kritikan peribadi Shabeery (beery) kepada saya kerana ini bukanlah tempatnya kerana kita sedang memperkatakan tentang kepentingan rakyat. Malah Shabeery (beery) akan ada lebih banyak ruang lagi untuk mengutuk saya di RTM dan lain-lain media kerajaan.

Mungkin Shabeery (beery) lupa bahawa Sabeery (beery) dahulu adalah pejuang kuat dalam Parti Semangat 46 (Shabeery beery mula tak boleh senyum dan muka macam sedang kentut berdarah)

2. Kita bukan hendak mengambil keuntungan Petronas, tapi kita hendak mengurus dana yang diberi Petronas kepada Kerajaan dengan cermat, berhemah dan mengelakkan ketirisan/kebocoran seperti rasuah dan korupsi. Siapa yang kata minyak akan habis pada 2015? Itu teori kerajaan. Pada tahun 1990an dulu pun teori yang sama berkata minyak akan habis pada 2005. Tapi penerokaan minyak sebenarnya tidak habis.

3.
Siapa kata kita menyalahkan Petronas? Petronas tidak bersalah. Yang salah adalah kerajaan yang salah gunakan dana yang diberi Petronas! Petronas dan Kerajaan adalah dua perkara yang berbeda! (ayat ini yang aku paling suka)

4. Tunggulah, saya akan kembali bertanding dalam Pilihanraya dalam masa terdekat.

Kesimpulan (oleh aku)

Shabeery beery berkata sebelum Debat, yang dia rela dipecat jika gagal memberi penerangan secara sempurna semasa sesi debat ini. Eloklah, kalau Shabeery beery anak jantan, bukan setakat dipecat, malah lebih baik letak jawatan terus. Banyak hujah-hujah Shabeery beery merepek dan asyik duk kutuk peribadi Anwar.
Lagi pun rasanya dia tak kan dipecat, sebab kalau Pak Lah yang berdebat, rasanya dah terkencing berdarah dah.

Rakyat selepas menonton debat semalam rasanya terus nampak betapa bodohnya kerajaan dan betapa kerajaan memang tak pentingkan langsung maslahah rakyat, yang penting hanya kroni-kroni dan menantooo yang macam hantooo.

Shabeery asyik duk ulang, orang di luar tak tahu betapa susahnya menguruskan kerajaan. La...kalau dah rasa susah...tunggu apa lagi...berundur ja la, bagi terus la pada Pakatan Rakyat. Aii...memang *&%^%^#$