Friday, February 13, 2009

Pendedahan Komplot Besar Menjatuhkan Najib Tun Razak-Ref Malaysiakini

Banyak betul kejadian menarik dan tergempar yang berlaku di negara kita kebelakangan ini. Semuanya adalah rentetan dariapada PRU ke-12 pada Mac 2008 di mana ada parti politik yang ingin mengambil kesempatan atas kelemahan parti politik yg lain dan ada pula yang sedang memulihkan kembali imej bagi meraih perhatian rakyat.

Berkenaan kes di Perak, ia seakan-akan hanyalah salah satu jigsaw puzzle yang masih belum siap dan masih sedang disiapkan...cuma menanti masa dan ketikanya sahaja.

Persoalannya, ia adalah perancangan siapa?

Ada yang mengatakan ia adalah perancangan dari Najib bagi memulihkan kembali reputasi yang tercalar akibat kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Maka, bermulalah sandiwara 'lompatan' Nasharudin ke PKR pada mulanya, dan kemudiannya kembali lompat ke UMNO membawa bersama2nya 3 lagi ADUN...hingga membawa kepada kejayaan BN merampas Perak daripada tangan Pakatan Rakyat. Semua ini kononnya menjadikan reputasi Najib kembali di awang-awangan. Biarlah kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, tapi akhirnya dia berjaya membawa kejaayaan yang lebih besar...iaitu merampas sebuah Kerajaan Negeri.

Namun, mungkin ini juga salah satu perancangan dari Pak Lah untuk menjatuhkan Najib dan membolehkan Pak Lah terus menerus menduduki kerusi empuk Perdana Menteri. Kenapa? Mari kita lihat senario-senario ini dari sudut yang berbeza:

1) Bermula daripada isu Altantunya, nama Najib makin acap dikaitkan. Mungkin bebasnya Abdul Razak Baginda daripada kes itu lebih menebalkan lagi kesangsian rakyat terhadap keterlibatan Najib dengan Altantunya. Yang terkini, Sirul sendiri mengakui di Mahkamah bahawa dia hanyalah kambing hitam dalam kes ini bagi menutup 'pihak lain'. Jadi, siapakah 'pihak lain' itu? Malah, jawapan kepada kes ini juga terarah kepada siapakah yang menjadi dalang dalam pembunuhan Altantunya @ siapakah yang memberi arahan untuk membunuh Altantunya. Razak sudah dibebaskan. Jadi, siapa yang menjadi 'perancang utama' dalam kes ini? Kemungkinan pembebasan Razak itu sendiri merupakan salah satu sandiwara yang dirancang rapi oleh pihak tertentu bagi menebalkan tanggapan rakyat bahawa Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya.

2) Kekalahan BN di Permatang Pauh juga seolah2 seperti dirancang oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Najib. Ketika tempoh berkempen, isu liwat mengaitkan DSAI juga timbul. Ironinya, nama Najib juga dikaitkan apabila Najib sendiri mengakui ada bertemu Saiful sebelum itu. Pendedahan mengenai komplot Najib dalam isu liwat ini seakan-akan mengundang benci dan marah rakyat kepada Najib.

3) Kekalahan BN di Kuala Terengganu juga memberi tamparan yang besar kepada Najib tatkala tempoh peralihan kuasa pada Mac 2009 semakin hampir. Seawal-awal pemilihan calon BN lagi sudah menampakkan BN akan kalah teruk di Kuala Terengganu apabila Pak Lah mengumumkan calon 'bukan favourite' bagi mewakili BN. Rata2 berpendapat faktor calon itu sendiri memberi sumbangan yang besar kepada kekalahan BN. Menariknya, calon tersebut dikatakan sebagai 'calon Pak Lah' dan ia seakan-akan usaha Pak Lah untuk mensabotaj BN bagi menjatuhkan reputasi Najib.

4) Rampasan kuasa di Perak juga kemungkinan adalah perancangan dari Pak Lah/konco2nya. Mungkin pada tanggapan Najib ia akan memberi 'political mileage' kepada Najib kerana berjaya 'memenangkan' BN di Perak. Tetapi, kita tidak boleh nafikan bahawa rampasan kuasa BN ini mengundang benci yang amat sangat dikalangan rakyat terhadap Najib dan BN, terutamanya bagi rakyat Perak kerana ia seakan-akan mengkhianati undi dan amanah dari rakyat Perak keseluruhannya. Mungkinkah ia adalah perancangan Pak Lah bagi menambahkan amarah rakyat kepada Najib dan bagi menunjukkan bahawa Najib merupakan ancaman kepada kestabilan politik Malaysia?

5) Terkini, Pak Lah telah membuat iklan besar-besaran bahawa dia telah menubuhkan satu website bagi mengumpul 'survey' di kalangan rakyat yang kononnya ia adalah kajian ringkas untuk mengumpul input bagi pembangunan imperatif strategik untuk Malaysia.

Ironinya, kajian ini dibuat tatkala tempoh peralihan kuasa semakin hampir. Malah, kebanyakan soalan yang dibuat adalah berkisar tentang Najib. Apa motifnya? Tak percaya? Untuk melayari survey tersebut, sila klik di sini.

Menariknya ialah apabila ada soalan yang sebegini diajukan:


13. Adakah anda bersetuju atau tidak dengan kenyataan berikut: “Semua rakyat Malaysia boleh mempercayai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib?”
Do you agree or disagree with the following statement: "All Malaysians can trust Deputy Prime Minister Najib?"

14.
Adakah anda bersetuju atau tidak dengan kenyataan berikut: “Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bekerja keras demi kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama?”
Do you agree or disagree with the following statement: "Deputy Prime Minister Najib works hard for the benefit of Malaysians regardless of race or religion?"

16. Pada pendapat anda, apakah kelemahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib? (Sila tanda mana-mana yang berkenaan).
What do you think Deputy Prime Minister Najib's weaknesses are? (Check all that apply.)


Adakah Pak Lah berkemungkinan menggunakan survey ini bagi menyokong dakwaannya bahawa Najib tidak layak untuk menjadi PM? Mungkin selepas ini Pak Lah akhirnya akan mendedahkan kesemua keaiban @ kelemahan Najib kepada rakyat dan ia disokong dengan survey oleh rakyat ini. Tatkala itu, kita mungkin mendengar Pak Lah akan mengumumkan bahawa peralihan kuasa terpaksa dibatalkan demi kebaikan dan kesejahteraan negara. Tapi semua ini hanyalah kemungkinan. Sesuatu kemungkinan itu masih belum tentu sama ada ia akan berlaku ataupun tidak...kan?