Seloka 1
Pada satu hari, Pak Atan telah mengarahkan anaknya, Adik Ragu untuk pergi ke kedai membeli beras.
Pak Atan: Raguuu!! Pegi kedai! Beli beras!
Adik Ragu: Bapak, saya tak nak pegi
Pak Atan: Cis... Kurang didikan punya budak! Apasal kau tanak pegi?? Ini arahan dari Bapak kau. Pegi beli beras sekarang!!
Adik Ragu: Bapak, saya masih tanak pergi... kerana wujud keraguan adalam arahan bapak itu. Jika Bapak tidak berpuas hati, sila pegi report pada Ketua Kampung ye.
Seloka 2
Pada satu pagi, Pak Atan berjalan-jalan di Ladang Teh miliknya untuk melihat pekerja-pekerjanya bekerja. Namun, sampai tengahari pekerja-pekerjanya termasuk supervisor upahan Pak Atan; Che Ragu, tidak kelihatan. Lantas, Pak Atan meng'contact' Che Ragu untuk mendapatkan penjelasan:
Truuttt TuttTttt...... henpon berbunyi
Pak Atan: Oit Che Ragu! Mana kau pegi?? Matahari dah terpacak tinggi kau dengan pekerja2 kau tak ada lagi kat Ladang Teh ni. Mana kau orang dah pegi?! Makan gaji buta?!
Che Ragu: Oh.. Pak Atan rupanya. Wassupp?? Kami harini tanak kerja. Kami mengisytiharkan diri kami cuti.
Pak Atan: Amboi amboii.... sesedap oren bahasa kau ye?! Aku perintahkan kau datang bekerja sekarang juga!!!
Che Ragu: Pak Atan, telah wujud keraguan dalam arahan Pak Atan itew. Kami mengisytiharkan diri kami tidak dapat mematuhi arahan Pak Atan yang penuh dengan keraguan itew.
Seloka 3
Akibat daripada ke'bengang'an Che Ragu pada sikap Pak Atan, maka Che Ragu telah mengirimkan surat perletakan jawatan kepada Pak Atan sebagai pekerja di Ladang teh Pak Atan yang tak best itew. Surat itu siap ada tandatangan Che Ragu berserta pesanan lagi.. "ingatlah daku dalam doamu"
Namun, 2 3 hari kemudiannya Che Ragu telah dihubungi seseorang.
Pak Atan: Heloo... Che Ragu.... Pak Atan ni.
Che Ragu: Ye Pak Atan... usahlah Pak Atan cuba memujuk saya lagi... saya pasrah. Saya tetap dengan keputusan saya sepertimana dalam surat letak jawatan saya itew.
Pak Atan: Apa kau merepek ni?? Masuk kerja sekarang! Surat kau tu tak sah... sebab wujud keraguan!! Masuk kerja sekarang!!
Pak Atan: "Che Ragu, sila lihat surat ni..wujud keraguan...camana saya nak terima? Saya tak suka ragu-ragu semua ni. Apa? Kau tanya kat mana yang ragu? Kat nama kau ni lah! Nama kau kan Ragu!! Buta Huruf ke kau ni?!"
Che Ragu: Ah!!! Saya masih tanak pegi kerja!! Arahan Pak Atan itu pon dengan keraguan!! Benci!! Benci!!!
Akhirnya...
kedua2 mereka telah gila kerana hidup mereka dengan penuh keraguan.
Sekian.
kedua2 mereka telah gila kerana hidup mereka dengan penuh keraguan.
Sekian.
|