Tuesday, February 03, 2009

SAH Tiada PRK Behrang dan Changkat Jering-Ref Malaysiakini

http://media1.malaysiakini.com/164/207709a56df8bcca06202462b24d180c.gif


"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa kosong - Behrang dan Changkat Jering - masih lagi disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR.

Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan wujud keraguan pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu - masing-masing sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun) Behrang dan Changkat Jering."-Malaysiakini

PULAK DAH?!

Pada awal kemelut 2 ADUN@ex-ADUN ni, aku meraikan kecerdikan Pakatan Rakyat kerana telah adakan 'back-up plan' bila berlakunya insiden lompat parti di kalangan ADUN Pakatan Rakyat. Sediakan siap2 surat perletakan jawatan sebagai ADUN dan ditandatangani sendiri ADUN2 terbabit... sebagai persediaan kalau2 dirasuah BN.

Memang telah berlaku sebelum ini kes yang seumpanya dan ia pernah dibicarakan di Mahkamah. Aku tak ingat apa nama kes itu, tapi ADUN/MP terbabit menafikan dirinya telah menghantar surat perletakan jawatan itu...dan akhirnya Mahkamah memutuskan surat perletakan jawatan itu tidak sah, kerana tiada tarikh pada surat itu.

Walaupun alasan kes itu ada yang rasa lucu... sebab tak ada tarikh... tapi paling tidak kes tu telah dibicarakan di Mahkamah dan mendapat keadilan yang sewajarnya.

Berbeza dengan isu ADUN Behrang dan Chankat Jering ni, SPR telah mengisytiharkan diri mereka Mahkamah dan memutuskan surat perletakan jawatan kedua-duanya tidak sah. Walaupun SPR adalah barua UMNO dan BN, aku merasakan mereka telah secara tidak sengaja ataupun memang sengaja telah 'membodohkan' susuk tubuh SPR. Alasan kepada tidak sah? Kerana wujud keraguan pada surat perletakan jawatan itu.

Kalaulah SPR nak tunjuk kuasa sekalipun, tolooooonglah bagi alasan yang lebih masuk akal dan tidak seakan2 alasan budak2 tabika kemas. Wujud keraguan? Keraguan apa?

Sefaham aku, paling tidak pun kalau lah nak pertikaikan surat tu, cubalah buktikan yang surat tu tak ditandatangani sendiri oleh kedua2 ADUN tu ke... tak pun kedua2nya telah 'dipaksa' untuk menandatangani surat tu ke... nampaklah juga cerdiknya SPR. Tapi, bila bagi alasan "wujud keraguan", telah menyerlahkan lagi ke'barua'an SPR terhadap UMNO/BN.

"Wujud keraguan" yang bagaimana? Tak ada letterhead? Tulis surat guna bahasa Urdhu?

Kalau "ragu" sangat, hantarlah surat tu ke Jabatan Kimia ke, cuba check betul ke itu tandatangan kedua2 ADUN. Ini tidak, sesedap oren bagi alasan "wujud keraguan". Ragu tang mana? Samybelu a/l RAGUnakasevan?

Jika beginilah keputusannya.. kebarangkalian untuk adakan Pilihanraya Kecil adalah negatif 100%...dan kebarangkalian untuk kedua2nya lompat katak masuk MIC adalah 200%! Kenapa MIC? Sebab cakap putar belit. Lebih layak masuk MIC!