Wednesday, January 28, 2009

Pak Lah Yang Perlu Dipecat,Bukannya Ramlang Porigi-Ref Malaysiakini

"Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi,yang ditukar ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu"-malaysiakini

Ingat lagi dengan cerita Ramlang Porigi ni? Untuk sapa2 yang nak recall cerita itew, boleh klik di sini.

Setahu aku, teramatlah jarang bagi seseorang yang berkhidmat sebagai kakitangan perkhidmatan awam untuk dibuang kerja/dipecat. Kalau ada pon, ia hanyalah satu kes yang teramat-amatlah terpencil. Paling kuat, akan dipindahkan ke tempat lain.

Berlainan dengan kes bekas Imam ini, JAKIM telah membuat satu langkah yang amat berani dengan mengeluarkan surat pemecatan. So, aku tertanya2... alasan yang digunakan mestilah teramat "power" untuk membolehkan bekas Imam itew dipecat.

Tapi, bila baca laporan malaysiakini, memang teramatlah kelakar alasan yang diberikan JAKIM...alasannya - Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam".

Persoalannya lagi, sejauh manakah "kesucian" perkhidmatan awam sekarang ini sehinggakan perbuatan Ramlang telah mencemar duli "kesucian" nama perkhidmatan awam.

Setahu aku, taraf "kesucian" perkhidmatan awam sekarang ini adalah seperti berikut:-

1) Orang yang dah nak beranak (melahirkan anak) sangat2 dah, tapi masih perlu beratur panjang tanpa dipedulikan kakitangan2 hospital yang "suci". Malah, diberi kata2 nista yg penuh "suci" jika kita bertanya dgn penuh sopan "cik... lama lagi ke saya kena tunggu?"... dan dijawab "pegi beranak sendiri la kalau nak cepat! melalak je tahu"

2) Pak Lah sendiri dah berkata dengan penuh "suci"... "kalau nak keluar minum boleh, tapi janganlah lama sangat". Tidakkah anda takjub? Perdana Menteri sendiri dah bagi green light kepada kakitangan awam untuk keluar minum ketika waktu bekerja. Patutlah kita kena lama menunggu bila nak berurusan dengan perkhidmatan awam. Rupanya dah jadi tradisi. Aku masuk kerja pukul 9 pagi, tapi puak2 kakitangan awam dah berebut2 keluar nak minum. Wah!

Patutlah ramai yg nak jadi kakitangan awam. Masuk pukul 8 pagi punch card, keluar balik utk brekfast, masuk balik pukul 8.30. Pukul 9.30 dah siap2 nak pegi minum lagi, pukul 10.30 pulak baru masuk. Pukul 12 keluar lagi nak lunch, pukul 2.30 baru nampak batang hidung. Pukul 3.30 pulak dah siap2 nak balik. Amboi.... sungguh "suci" ya fatwa dari Pak Lah?

3) Jika anda seorang peguam, maka sudah menjadi rutin anda untuk membuat carian fail di mahkamah. Bila anda diberitahu bahawa seorang kakitangan awam yang bernama Encik Amin akan memproses fail anda yang sudah difailkan sejak tahun lepas lagi, maka anda menunggu lah dengan penuh sabar. Bila ditanya bila nak siap, berkali2 mereka berkata Encik Amin sedang proses fail itu. Bila sudah 1 2 jam tidak kunjung tiba Encik Amin itew, maka anda mula menjenguk2 ke dalam pejabat mereka di manakah Encik Amin. Rupa2nya Encik Amin itew sedang sibuk berborak2 bertepuk tampar dengan penuh keterujaan di meja rakan2nya dengan penuh "suci". Tidakkah anda sakit hati dengan "kesucian" yang amat celaka itew?

Itu adalah sebahagian daripada cerita benar yang berlaku bagi kita memperhalusi sejauh manakah "kesucian" perkhidmatan awam. Anda sendiri mesti pernah merasainya, malah mungkin lebih teruk dari di atas.

Sebenarnya amat mustahil untuk kerajaan menyucikan nama perkhidmatan awam... sebab kalau nak suci, kena suci kepala dia dulu... dan siapa kepalanya? Sapa lagi kalau bukan Pak Lah dan konco2 UMNO nya? Rasa2nya boleh suci ke?

Entahlah Labu. UMNO kalau nak disamak dengan air dari tujuh telaga bersama dengan tujuh belas jenis tanah pon boleh tentu lagi boleh "suci"... najis!