Kagum sungguh, kerana ada seorang jurnalis bernama Arnaud Dubus sanggup membuat kajian sehingga ke merata dunia bagi mendapatkan jawapan kepada pembunuhan Altantunya. Mujur lah jurnalis ni bukan rakyat Malaysia. Kalau rakyat Malaysia, confirm masuk ISA...macam Raja Petra.
Untuk mereka2 yang masih belum baca terjemahan penulisan itu ke dalam Bahasa Inggeris yang siap berserta dengan Caution Statement dari Sirul Azhar (memang mengejutkan), sila baca blog Raja Petra (klik di sini). Kepada yang nak baca terjemahan dalam Bahasa Melayu, sila layari blog Penarik Beca (klik di sini).
Ok...dah baca? Apa pandangan anda?
Mungkin ada yang kesian, makin benci pada Najib, dan mungkin ada yang takut?
Takut? Ya... takut. Jika dilihat kepada Caution Statement Sirul Azhar, jelas di situ bahawa dia sanggup buat apa saja apabila diarahkan oleh orang atasannya, termasuk membunuh seseorang. Menurut Caution Statement tersebut, Altantunya sudah merayu supaya jangan dibunuh tetapi tanpa kasihan Altantunya terus ditembak tanpa belas kasihan. Malah, Altantunya ditembak lagi untuk kali kedua setelah tangannya dilihat masih bergerak-gerak menandakan dia masih bernyawa setelah ditembak kali pertama di kepala. Lebih mengejutkan ialah Sirul disebut terus menembak setelah menerima arahan yang diberikan kepadanya oleh orang atasannya.
Walaupun kita masih tak tahu sama ada pendedahan tersebut benar2 terjadi atau pun tidak, tetapi ia sudah cukup menimbulkan rasa gerun rakyat kepada Polis di Malaysia. Adakah realiti imej Polis di Malaysia yang kita harapkan untuk melindungi rakyat daripada gelaja jenayah memang mempunyai polisi sebegitu ? Adakah hanya kerana arahan "orang atasan", nyawa manusia seakan-akan dihujung jari seorang Polis?
Caution Statement itu malangnya tidak menyebutkan siapakah "pihak yang bertanggungjawab" memberi arahan kepada orang atasan Sirul untuk membunuh Altantunya.
Persoalannya sekali lagi, siapakah "pihak yang bertanggungjawab" itu yang sungguh berkuasa sehinggakan boleh memberikan arahan sewenang-wenangnya untuk membunuh seseorang? Jika Altantunya boleh dibunuh hanya melalui arahan "pihak yang bertanggungjawab" yang masih misteri itu, maka nyawa kita semua... iaitu setiap rakyat di Malaysia.... juga sebenarnya tidak terjamin dan boleh melayang dalam sekelip mata sahaja...sekiranya "pihak yang bertanggungjawab" itu telah mengarahkan supaya anda dibunuh.
Ngeri kan?
Persoalannya lagi, benarkah imej Polis memang sebegitu? Jika tidak benar, maka kerisauan kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi berasas dan kita boleh hidup di Negara kita ini dengan aman damai kerana kita mempunyai pelindung di Malaysia ini.
Tetapi, jika ia sebaliknya, anda berdoalah supaya suatu hari nanti anda akan berada di tempat "pihak yang bertanggungjawab" yang mengarahkan supaya Altantunya dibunuh itu, dan alamilah sendiri bagaimanakah perasaan anda apabila anda mempunyai kuasa mutlak untuk mengarahkan supaya mana-mana manusia dibunuh. Aku tak sanggup!
Marilah kita berdoa supaya kebenaran/keadilan berpihak kepada yang sepatutnya.

|