Wednesday, March 04, 2009

Nizar vs Zambry:Mahkamah Putuskan Sidang Bawah Pokok Sah

Sebagai mengulas lebih lanjut fenomena kelam kabut Perak, ingin dibawa di sini keputusan-keputusan terkini Mahkamah yang hakikat sebenarnya lebih membawa kepada lebih banyak persoalan berbanding jawapan.


1) Mahkamah memutuskan bahawa Sivakumar tidak boleh diwakili Peguam persendirian kerana Speaker adalah penjawat awam dan perlu diwakili oleh penasihat undang-undang negeri. Jika disemak senarai peguam-peguam yang mewakili Mamak-da (mamanda) Menteri Besar Ha
ram Zambry itu, semuanya adalah peguam-peguam BN, dan bukannya penasihat undang-undang Negeri Perak. Jika Mamak-da Menteri Besar Haram Zambry mendakwa bahawa dia adalah Menteri Besar Perak yang halal, maka mengapa pula Mahkamah tidak mengarahkan Zambry diwakili penasihat undang-undang Negeri Perak, dan masih meneruskan dengan peguam-peguam BN (persendirian)? Adakah ini bermaksud Mahkamah tidak mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar yang Halal?

2) Jika Speaker Perak diwakili oleh penasihat undang-undang Negeri (yang teramatlah pasti mereka ini pro kepada BN), maka tidakkah lawak jadinya? Speaker Perak ingin mencabar ke'halal'an Zambry sebagai Menteri Besar, tetapi perlu mendapatkan khidmat dan bantuan daripada penasihat undang-undang negeri (yang pastinya mereka juga BN). BN lawan BN. Sapa yang akan menang? Tak ke akan menambahkan lagi suasana Badut di Perak?

3) Berita Harian milik BN melaporkan:

"Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak oleh 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Rakyat di bawah pokok di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam, dianggap tidak sah berikutan perintah Mahkamah Tinggi menghalang Speaker, V Sivakumar, mengadakan sebarang Sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak.

Ketua Panel Peguam Barisan Nasional (BN), Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, berkata Ridwan membuat keputusan itu tanpa memberi tempoh masa dan itu bermakna sidang tergempar DUN yang diadakan sebelum perintah berkenaan dikeluarkan, juga tidak sah."

Dalam petikan akhbar di atas, yang pastinya adalah Mahkamah tidak membenarkan Sivakumar mengadakan sebarang Sidang DUN tanpa perkenan Sultan Perak.

Tetapi, Perintah Mahkamah langsung tidak menyatakan bahawa Mahkamah memutuskan bahawa sidang DUN di bawah pokok itu tidak sah!

Siapa yang berkata bahawa Sidang DUN bawah pokok itu tidak sah?! Yang berkata sebegitu hanyalah Peguam BN itu sendiri mengikut 'anggapan' dan 'tafsiran'nya sendiri semata-mata! Tidak disebutkan langsung secara detail di dalam Perintah Mahkamah bahawa Sidang DUN di bawah pokok adalah tidak sah. Jadi, kenapa pula Peguam BN itu ingin berlagak seperti Mahkamah pula dan membuat tafsirannya sendiri?

Justeru, keputusan Mahkamah itu pada hakikatnya tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada keesahan Sidang DUN di bawah pokok itu, dan 3 usul yang diluluskan di dalam Sidang DUN itu pada hakikatnya masih sah di sisi undang-undang.