Najib Tun Razak semasa mengulas mengenai hasrat Speaker Perak untuk mengadakan Sidang Tergempar, Najib mengatakan arahan Speaker itu adalah tidak sah. Menariknya, Najib memberi alasan kerana Mahkamah masih belum memutuskan sama ada BN merompak Perak secara sah. ("Rompak" = Sah? Err..)
Pelik sungguh. Kini Najib kembali pula kepada undang-undang. Semasa merompak Perak, tidak pula ingin merujuk kepada Mahkamah? Semasa mamak-da (mamanda) Zambry naik menjadi MB haram, tidak pula Najib ingin menunggu keputusan Mahkamah sama ada mereka telah merompak secara sah? Tetapi apabila Speaker kini ingin tunjuk kuasa, tahu pula merujuk kepada Mahkamah?
Dalam erti kata yang lain, Najib sendiri mengakui bahawa kerajaan Perak yang dirompak kini belum tentu lagi sah atau tidak di sisi undang-undang?
Pelik sungguh. Speaker bagi arahan untuk adakan Sidang DUN, tapi dihalang pula oleh Polis. Sepatutnya Speaker yang mengarahkan polis jika ada apa2 yang mengganggu sidang DUN, tapi kini sebaliknya.
Aku teringat suatu ketika dahulu semasa aku bersidang di Mahkamah Rayuan, dan apabila Yang Arif Hakim menghalau seorang Peguam kerana biadap dan tidak patuh pada arahannya. Peguam itu masih degil dan melawan. Akhirnya, Yang Arif Hakim telah mengarahkan Pengawal Mahkamah untuk mengheret keluar Peguam itu.
Jadi, apabila berlaku kekecohan di DUN Perak hari ini, aku menjangkakan akan berlaku perkara yang sama...iaitu Speaker Perak akan mengarahkan pihak berkuasa untuk menghalau / menangkap sesiapa yang mengganggu perjalanan Sidang DUN. Tetapi sebaliknya yang berlaku, Speaker DUN pulak yang kena patuh pada arahan pihak berkuasa, semua YB dihalau keluar dan akhirnya berlangsunglah Sidang DUN di bawah pokok.
Pelik sungguh. Sekiranya seorang Speaker pada asalnya bergantung harap kepada pihak Polis untuk melindunginya dan membantunya dalam melancarkan proses perjalan Dewan, tetapi kini tidak lagi.
Jadi, kepada siapa lagi yang boleh diharapkan?

|