Friday, May 22, 2009

AWAS KEDAH! SELSEMA BABI HUTAN MENYERANG KEDAH!

Gempar! Bahaya! Menakutkan!


Untuk semua rakyat Kedah, anda dinasihati untuk berjaga-jaga dan berwaspada kerana penyakit SELSEMA BABI HUTAN bakal menyerang di Negeri Kedah Darul Aman!

Namun penduduk-penduduk negeri Kedah jangan bimbang kerana pembawa penyakit ini amat mudah untuk dikenal pasti.

Simptom-simptom penyakit ini dapat dikenali dengan melihat karektor seseorang itu apabila dia dengan tiba-tiba sahaja tersengih-sengih dan mula menghampiri dan menyondol anda pada empat (4) waktu semata-mata... iaitu ketika waktu Kenduri, Bersalin, Sakit dan Mati SAHAJA. Waktu-waktu lain memang tak ada! Sebab itu lah makhluk-makhluk ini tak reti malu dan amat berbahaya. Malah, ia kini boleh menyerang anda "siang malam subuh senja"!

Malah, adalah lebih berbahaya apabila makhluk-makhluk jijik ini bukan sahaja akan menghampiri dan menyondol anda pada waktu Kenduri, Bersalin, Sakit dan Mati SEMATA-MATA... tetapi mereka juga dengan tidak malu akan cuba "menjangkiti" anda dengan memberikan anda wang ringgit, kain pelikat, kain batik, rokok, baja, beras dan lain2 lagi.

Namun jangan khuatir, barang-barang tersebut tidak berbahaya seperti makhluk-makhluk ini. Anda boleh ambil dan digalakkan untuk mengambil barang-barang itu, tetapi dengan syarat anda tidak terpengaruh dengan sondolan mereka ini. Jika tidak, anda juga akan dijangkiti mereka ini. Menakutkan bukan?!

Berita Gempar ini ada dilaporkan di website Malaysiakini hari ini seperti berikut:

"Umno memperkenalkan dua formula yang dikenali "SMSS" dan "KBSM" dalam usaha menawan semula Kedah pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata
SMSS bermaksud bekerja "siang malam, subuh senja",
manakala KBSM pula bermaksud menghadiri "kenduri, bersalin, sakit dan mati" di semua kawasan DUN masing-masing.

"Tidak mustahil BN dapat menawan semula Kedah jika kita mengamalkan dua formula ini," katanya selepas menemui jawatankuasa penerangan Umno negeri hari ini

Ahmad berkata semua jentera penerangan Umno perlu mempertingkatkan usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti menerusi dua formula itu."