Friday, May 22, 2009

Zambry Bertukar Jadi Halal:PAS Mula Berpakat Dengan UMNO

Keputusan Mahkamah Rayuan yang menukar status Zambry kepada Halal sudah dijangka oleh PAS. Sekarang Zambry sudah jadi dua alam... sekejap Haram sekejap Halal. Mula-mula kena samak sekarang dah tak perlu lagi.

Husam Musa ketika sebelum keputusan dibuat berkata, PAS sendiri sudah bertemu dengan beberapa Pimpinan komponen BN dan telah bersepakat bahawa BN akan mengusulkan kepada Sultan untuk membubarkan DUN Perak.

Jadi, Mahkamah Rayuan dilihat dengan sengaja telah menyebelahi UMNO (walaupun selalunya memang macam tu) untuk membolehkan Zambry sendiri mengusulkan kepada Sultan untuk membubarkan DUN kerana BN sendiri mengakui bahawa kemelut Perak ini hanya boleh diselesaikan melalui Pilihanraya semula.

Tapi apa2 pon, itu hanyalah andaian husam sebelum keputusan Mahkamah Rayuan itu dibuat.

Umum dah mengetahui yang BN dan UMNO memang penipu besar dan raja kepada segala perompak. Jadi, kita tunggu dan lihat saja lah sama ada 'persepakatan" yang didakwa oleh Husam itu akan menjadi nyata atau auta setelah BN dan UMNO mendapat "booster" dari Mahkamah Rayuan ini. Maklumlah bila dah dapat kemenangan ni, kot2 terus lupa diri (macam selalu). Bak kata pepatah... habis madu sepah dibuang... habis rayu, "sepakat" dibuang.