Untuk isu kali ini, saya ingin lari sikit dari berbicara tentang politik. Biarlah PKR menang di Penanti ke, Konflik Pemilihan di Muktamar PAS ke... semua letak tepi dulu. Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama.
Sejak kebelakangan ni, saya kerap ditugaskan untuk mengendalikan Pemeriksaan Awam (PE) dan menghadiri Creditors Meeting (CM). Sebagai penjelasan kepada yang bukan peguam, PE dan CM ni maksud lebih kurangnya adalah sesi pemeriksaan dan soal jawab dengan seseorang yang telah dijatuh hukum bankrap oleh Mahkamah (si bankrap)... cuma yang bezanya adalah PE dijalankan di High Court dan CM di Jabatan Insolvensi Negeri. Antara tujuannya adalah untuk memeriksa sekiranya si bankrap mempunyai apa2 aset/harta untuk digunakan bagi membantu menyelesaikan jumlah yang terhutang.
Si Bankrap juga akan diminta bersumpah bahawa kenyataan2nya adalah benar2 belaka. Kalau dia tipu, sendiri mau tanggunglah.
Antara soalan2 yang kerap (terpaksa) diajukan kepada si bankrap adalah apakah pekerjaan si bankrap sekarang, berapakah tanggungan si bankrap, adakah si bankrap mempunyai sebarang harta, berapakah pendapatan sebulan si bankrap dan lain2 lagi lah soalan2 yang agak peribadi.
Pendek kata, kita akan tahu lah semua hal2 peribadi si bankrap dari pendapatan bulanan hinggalah kepada ke mana wangnya dibelanjakan. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah realiti kehidupan rakyat di Malaysia yang ramai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Berikut adalah antara dialog2 si bankrap yang diluahkan:
"Pakcik mana ada harta, tak mampu nak ada harta pon. Sekarang pon kami anak beranak menumpang di rumah mak dan bapak Pakcik.
Pakcik tak ada kerja tetap. Apa saja yang orang suruh buat, jadi buruh ke..despatch ke..Pakcik buat. Pendapatan Pakcik pon RM800 sebulan. Itu pon tak tetap.
Anak2 pakcik semua sekolah lagi. Ada yang baru masuk Universiti, nak pakai komputer, jadi Pakcik kena cari duit lebih. Mak Pakcik pon kena stroke, jadi Pakcik juga yang kena tanggung."
Ada seorang pakcik ni pula, dia berkata...
"Pakcik cari makan dengan mengurut ja. Tak sempat nak kumpul duit pun. Dapat duit satu hari, terus habis bagi anak2 makan."
Kebanyakan rakyat yang hidup kais pagi makan pagi ni adalah Penjamin kepada seseorang Peminjam untuk pembiayaan perniagaan dari Bank. Nama mereka hanya digunakan untuk dijadikan Penjamin saja, tetapi mereka tak dapat manfaat pon dari pembiayaan tu. Peminjam yang sebenar lepas dapat duit terus hilang entah ke mana. Jadi, Penjamin2 inilah yang menjadi mangsa.
Ini pon masalah juga sebenarnya. Semua orang tak kiralah baik macam mana sekali pun dengan majikan atau kawan, perlu berhati2 apabila menandatangani sesuatu Surat Jaminan Bank. Anda perlu sedar tentang implikasi yang akan anda tanggung jika Peminjam gagal menjelaskan pinjaman bank.
Bila dengar masalah2 si bankrap ni, saya agak hairan macam mana orang2 atas di Putrajaya sana boleh duduk senang lenang dan tidur lena di saat rakyat jelata ramai yang tak cukup pakai, makan dan minum. Apalah daya yang ada apabila pendapatan bulanan hanya RM800 sebulan untuk diagihkan kepada anak2 dan isteri. Itu belum campur dengan kos harga barang yang tinggi dan makin naik. Kalau di KL ni, RM500-600 sahaja dah habis untuk bayar sewa rumah. Tinggal RM300 tu apa yang boleh buat? Belanja sekolah anak2, makan minum, duit api air... memang pasti tak cukup...kemudian kita bising bila ada yang meminjam dari Along.
2 3 hari lepas, ada seorang Pakcik yang datang bising2 jumpa saya kerana isterinya yang telah meninggal dunia "menerima" surat peguam untuk dilelong rumahnya itu di mana Arwah isterinya itu adalah Peminjam kepada pihak bank. Pada mulanya, Pakcik itu bersetuju untuk rumah itu dilelong. Tetapi, selepas sedikit soal jawab, rupa2nya Pakcik itu berserta anak2nya 3 orang yang semuanya masih bersekolah rendah juga menetap di rumah itu. Jadi, saya bertanya di mana mereka akan tinggal jika rumah itu dilelong? Pakcik itu menjawab dia redha dan pasrah dengan ajal maut dari Tuhan. Terdetik di hati saya pakcik ini bising2 kerana sedang tertekan dan buntu.
Saya "menegur" Pakcik itu dengan baik untuk bersabar, jangan putus asa dan fikir demi masa depan anak2. Bukan senang untuk cari tempat tinggal lain di KL ni ketika ekonomi pon tak menentu. Kalau ada pon, tak tentu boleh bayar. Setelah diselidiki dokumen2 yang ada pada Pakcik itu, rupa2nya ada MRTA yang belum dikuatkuasakan oleh pihak Bank. Jadi, kes itu dirujuk semula kepada pihak Bank untuk pertimbangan selanjutnya.
Ini juga adalah salah satu kes di mana realiti rakyat kita sedang tertekan dan terkesan dengan fenomena ekonomi global.
Saya teringat kata2 "ex-boss" saya dahulu bila saya baru balik dari Lelongan Awam atau menghadiri execution Writ Seizure and Sale (WSS). Dia berkata..."Dah berapa keluarga you berjaya runtuhkan/musnahkan hari ni?" Aduii...ayat yang sungguh berbisa sampai ke tulang sum2!
Sebagai penerangan kepada yang bukan Lawyer, WSS ini adalah proses di mana harta2 di rumah Penghutang akan disita untuk dilelong kepada orang awam. Tak kiralah harta apa sekali pun, TV ke.. peti ais ke.. mesin basuh ke.. kipas ke.. semua akan disita dan dilelong. Hasil lelongan akan digunakan untuk menyelesaikan jumlah terhutang.
Pernah satu ketika dahulu ketika saya menghadiri ke rumah Penghutang bersama2 Bailiff Mahkamah untuk melaksanakan WSS, saya dapat melihat anak2 kecil Penghutang sedang makan nasi berlaukkan kicap. Adui.... sabar je lah. Terdetik di hati saya, anak2 ini tak mengerti pon bahawa harta2 di rumahnya akan dilelong.
Mujur sekarang saya dah pindah firm, jadi tak ada lagi ayat2 berbisa "ex-boss" saya itu. WSS pon saya dah tak buat. Tapi pengalaman2 tu masih tebal dalam ingatan. (Ala Boss.... I pegi pon sebab you yang suruh!! Saja je nak buat aku rasa bersalah...cis!!)
Sejak jadi Lawyer, memang ada satu perasaan "tak best" dalam diri ini dalam menjalankan duty sebagai Lawyer. Tapi, saya sedar mungkin ada hikmah saya berada di profession ini...di mana saya didedahkan kepada realiti kehidupan. Tak dapat dinafikan memang ada rasa insaf dalam diri bila melihat dan mendengar kesusahan rakyat di depan mata.
Sebab itu lah saya teramat2 hairan bagaimana negara kita amat "ghairah" untuk berlumba2 membina bangunan tinggi2 dan bangunan yang canggih2 tatkala ramai rakyat yang masih kelaparan dan tinggal di rumah yang bagaikan reban ayam.
Stadium di Terengganu yang tak sampai satu tahun digunakan sudah pon roboh menyembah bumi. Berapa Juta Ringgit yang telah digunakan untuk membina Stadium itu yang natijahnya adalah untuk roboh semata-mata?
Kita mungkin berbangga dengan KLCC, Litar Sepang, Menara KL dan pelbagai lagi bangunan yang canggih manggih di negara kita...dan ditambah pula dengan kebanggaan kita dalam mewujudkan Bandaraya Iskandariah yang canggih di Johor. Tetapi pada masa yang sama sebenarnya kita berbangga kerana ramai rakyat kita yang masih hidup dalam kemiskinan.
Antara menyalurkan peruntukan juta2 ringgit untuk pembangunan dan menyalurkannya kepada rakyat miskin, yang mana kita dahulukan? Itu persoalannya.
Kita tak nafikan memang ada peruntukan juta2 ringgit untuk kebajikan rakyat, tetapi berapa ringgit yang betul2 sampai kepada rakyat? Cuba kita lihat ketika berjuta2 ringgit dikumpul dan diumumkan untuk disalurkan kepada mangsa Tsunami, berapa ringgit sahaja yang sampai kepada rakyat? Surat khabar ada menyiarkan pendedahan terdapat berpuluh2 sampan yang dilonggokkan/dibiarkan di kawasan semak samun tatkala nelayan2 mangsa2 tsunami digula2kan sampan2 itu "sudah diedarkan".
Islam mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua.
Sebab itulah saya tertarik dengan satu keputusan kes Mahkamah Tinggi satu ketika dahulu yang memutuskan bahawa Pinjaman Perumahan di bawah satu fasiliti Perbankan Islam "tidak adil"...kerana ia menindas Peminjam. Secara rumusannya, ia dilihat tidak adil apabila Peminjam perlu membayar balik Pinjaman kepada Bank berlipat ganda dari jumlah pinjaman yang diberikan. Contohnya jika Peminjam meminjam RM100,000.00 maka dia dikehendaki membayar balik kepada Bank berlipat kali ganda sebanyak RM300,000.00. Jadi, ia dilihat tidak adil kerana Islam pada asasnya adalah untuk berlaku adil. (Tetapi ralatnya adalah apabila Mahkamah berpendapat bahawa jika Peminjam perlu membayar jumlah yang sama dengan jumlah yang dipinjam. Jika pinjam RM100,000 maka kena bayar RM100,000. Tak untunglah bank jika begitu...huhu. Sebab itulah Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi ini)
Apa yang ingin saya bangkitkan ialah Islam pada asasnya menghendaki kita perlu berlaku adil kepada semua. Rasulullah SAW sendiri diturunkan sebagai membawa rahmat kepada seluruh alam...dan tidak kepada kaum arab, melayu, cina dan india semata2. Sebab itulah Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberi contoh bagaimana dia telah meletakkan kebajikan rakyat mendahului dirinya.
Oleh kerana itu, negara kita sebenarnya amat susah untuk mengimplimentasikan menjaga kebajikan rakyat kepada semua rakyat...kerana pemerintah di negara kita sendiri meletakkan kebajikan "kaumnya" sebagai prioriti...dan bukannya mengambil intipasti ajaran Islam yang menitik beratkan keadilan dan kesamaan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
Najib berkali2 menyatakan Negara kita tidak terkesan dengan kemelesetan ekonomi global, tetapi laporan juga berkali2 menunjukkan ekonomi negara menguncup dari tahun ke tahun. Sebab itulah tidak hairan ramai rakyat yang masih papa kedana kerana Najib masih dalam tidur yang nyenyak dan mimpi yang indah bahawa rakyat jelata semuanya hidup aman damai dan makan enak2 belaka setiap hari sepertinya.
Tatkala Najib melaungkan slogan "1 Malaysia", saya tercari2 di manakah "1" yang dimaksudkan itu. Mengikut kefahaman saya, "1" itu bermaksud kesama-rataan semua rakyat Malaysia tak kira kaum; baik dari segi ekonomi mahupun sosiologi. Tetapi anehnya Najib tak tergolong dalam "1" itu, kerana Najib dan konco2nya bergelumang dengan kemewahan yang maha dahsyat berbanding rakyat2 di bahawan. Oh...saya terlupa...mungkin Najib rakyat Mongolia... sebab itulah dia tidak tersenarai dalam "1 Malaysia" yang diuar-uarkan itu.
Teringat kata2 P Ramlee dalam filem Bujang Lapok..."Inilah Sandiwara Dunia..."

|