Ada yang bertanya dan hairan, kenapa saya senyap menyepi semasa isu Kerajaan Perpaduan ini sedang hangat membara.
Saya akui sebenarnya saya serba salah untuk memberi sebarang komen. Hal ini kerana sebelum ini saya ada dijemput untuk menganggotai satu "think tank" untuk seorang pemimpin tertinggi PAS...itu pon baru sekali sahaja bertemu secara bertentang mata kerana selebihnya adalah secara maya sahaja. Pemimpin PAS itu jugalah sebenarnya yang menjadi "sasaran utama" kecaman kerana menjadi orang kuat dalam isu Kerajaan Perpaduan ini. Namun saya ingin tegaskan bahawa perbincangan kami hanya lebih kepada membantunya dalam soal Parlimen...tidak lebih daripada itu.
Jadi, bila "boss" kita kena serang... kita pon tak berani nak komen lebih2...kerana takut terlanjur kata dan apatah lagi TGNA juga amat berang dan marah dalam isu ini. Jadi, biarlah isu ini dibahaskan oleh yang cerdik pandai, bapak2 tertinggi dalam PAS dan yang mereka2 yang berautoriti dalam PAS.
Kini alhamdulillah, petang tadi segala kemelut berkenaan Kerajaan Perpaduan telah selesai. Dengan termeterainya kenyataan bersama antara semua pemimpin Pakatan Rakyat, maka isu Kerajaan Perpaduan juga telah dianggap selesai...full stop.
Dengan itu...
1) Isu Kerajaan Perpaduan tidak akan lagi dipanjangkan baik oleh TGHA mahupun PAS
2) TGNA juga sudah menarik balik kecamannya supaya Ustaz Nasha meletakkan jawatan
3) PAS dan Pakatan akan lebih bersatu dan berbisa dalam menghadapi PRK Manek Urai
4) UMNO akan terus tenggelam punca mencari talian hayat bagi menghidupkan semula dirinya yang semakin pupus dimamah rakyat. Maklumlah, baru nak merisik khabar... terus ditendang keluar.
5) Najib juga terus tiba2 buat "u-turn" apabila berkata BN tak perlukan Kerajaan Perpaduan. Aik!! Sebelum ni beriya benar nak kepada Kerajaan Perpaduan! Sudah tukar ka???
Diharapkan semua anggota dalam PAS akan kembali bersatu dan bermuafakat setelah selesainya isu ini.
Tapi cuma satu je lah yang nak diingatkan kepada kita bersama. Kalau benar tiada pihak dalam PAS yang ingin mengambil kesempatan terhadap isu Kerajaan Perpaduan ini... dan sekiranya benar suara2 dalam PAS sebelum ini yang mengecam mahupun menyokong idea Kerajaan Perpaduan ini benar2 ikhlas dalam bersuara kerana ingin tegakkan kebenaran... maka kita yakin tiada lagi suara2 sumbang yang akan cuba menokok tambah dan cuba menyemarakkan lagi isu ini yang sudah pun selesai.
Saya puji tindakan segelintir blogger yang benar2 "rest their case" bila isu ini sudah dimuktamadkan. Ia jelas menunjukkan mereka benar2 ikhlas dalam bersuara dan bukannya sengaja menyemarakkan permusuhan di kalangan sesama saudara.
Kepada saudara Husam Musa, Abg Mat (Sabu) dan Ustaz Nasha... tenaga anda masih diperlukan semua. Jadi, buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih (^_^)
|